Apa Itu Perancangan Kewangan

By | November 11, 2018

Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan?

Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-

Apakah cara terbaik untuk ke sana?  Adakah kesesakan lalu lintas?  Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana?

Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat!

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

Begitulah juga dengan perancangan kewangan, Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

Langkah-Langkah Dalam Perancangan Kewangan

Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan:

1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan matlamat.
3. Menyediakan pelan kewangan.
4. Melaksanakan pelan tersebut.
5. Memantau dan menilai semula.

Faedah perancangan kewangan

 

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.