Buat Duit Dengan Tone Excel Prepaid

By | Disember 15, 2017

Buat Duit Dengan Tone Excel Prepaid

Tone Excel adalah syarikat telekomunikasi yang memberikan peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan. Tone Excel menggunakan Tune Talk sebagai pembekal talian yang juga merupakan rakan kongsi kepada Air Asia dan Tune Hotel. Tahun 2017 merupakan ulangtahun ke 7 penubuhan syarikat ini dalam industri telekomunikasi negara dan sehingga kini terdapat lebih daripada 1.5 juta pengguna Tune Talk di Malaysia.

Antara Kelebihan Tone Excel:

  • Setiap pengguna TuneTalk akan mendapat perlindungan insuran kemalangan bernilai RM50,000 daripada Etiqa Takaful sekiranya mereka topup melebihi RM50 setiap bulan dan berumur 12 tahun ke atas.
  • Setiap kali anda topup anda akan mendapat mata ganjaran (point). Mata ganjaran ini tiada tarikh luput, boleh dikumpulkan dan ditukarkan dengan tiket kapal terbang AirAsia atau menginap di Tune Hotel secara PERCUMA.
  • Pengguna Tone Excel juga boleh menjana pendapatan tambahan sekiranya mereka memperkenalkan pengguna baru untuk menggunakan talian TuneTalk ini. Setiap kali mereka topup, anda akan dapat komisyen.
  • Sistem yang patuh syariah. Pada 12 April 2017 Tone Exel secara rasminya telah mendapat pensijilan pematuhan syariah. Semakan pematuhan syariah telah dilakukan oleh Amanie Advisor.

Bagaimana buat duit dengan Tone Excel?

Untuk buat duit dengan Tone Excel, anda hendaklah menjadi pengedar Sim Kad Tone Excel. Sebelum anda mendaftar sebagai pengedar, anda perlu tahu beberapa syarat:

  • Anda sendiri adalah pengguna Tone Excel
  • Minimum topup setiap bulan RM20
  • Setiap bulan hendaklah mendaftarkan minimum seorang (1) pengguna baru Tone Excel. Sekiranya tiada pendaftaran, anda tidak layak untuk menerima komisyen.

Terdapat 2 jenis komisyen kepada pengedar Sim Kad Tone Excel iaitu Komisyen Fast Track dan Komisyen Top-up.

Komisyen Fast Track adalah bayaran komisyen RM15 untuk setiap pendaftaran pengguna baru Tone Excel. Duit akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 2 minggu. Sekiranya anda berjaya mendaftarkan 20 orang pengguna baru, ini bermakna komisyen anda adalah RM300.

Komisyen Topup pula adalah komisyen yang berterusan selagi mana pengguna yang anda daftarkan menggunakan Tone Excel. Bukan itu sahaja, sekiranya pengguna yang anda daftarkan berjaya mendaftarkan pengguna baru Tone Excel, anda juga akan mendapat komisyen setiap kali pengguna baru tersebut topup.

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Penerangan:

  • Katalah ini Anda.
  • Level-1 Pelanggan yang anda sendiri.
  • Level-2 Pelanggan dari Level-1.
  • Level-3 Pelanggan dari Level-2.

Komisyen Topup sebagai Pengedar Rank-Biasa:

  • Level-1 Komisyen 6% dari jumlah keseluruhan topup.
  • Level-2 Komisyen 3% dari jumlah keseluruhan topup.
  • Level-3 Komisyen 11% dari jumlah keseluruhan topup.

Begitulah cara Tone Excel membantu anda buat duit. Selain daripada pelbagai kelebihan yang ditonjolkan, Tone Excel juga boleh membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan malah ada yang telah menjadikan Tone Excel sebagai pendapatan sepenuh masa.

 

Shares 0

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *