Cara Aktif Sim

Nama: Fadzil Amri (admin)
IDP: 1049684
Hp No: 010-5339160

Bagaimana mengaktifkan simkad Tone Wow menggunakan App

  1. Anda perlu muat turun App di Google Play, kemudian ikut panduan video di bawah:

 

 

 

—————————————————————————————————————————– 

CARA MENGAKTIFKAN SIMKAD ANDA

Jika anda baru nak aktifkan simkad kali pertama yang dibeli gunakan cara dibawah ini:

 

  1. Masukkan kod pengaktifan (AD) di depan.
  2. Nama Penuh.
  3. No. SN (Sila lihat dibelakang simkad)
  4. No. PUK (Sila lihat dibelakang simkad)
  5. No. IC atau Passport.
  6. Alamat penuh.
  7. Email (Jika ada, kalau tak ada tak apa, tinggalkan saja.)
  8. Telco lama (Seperti maxis, celcom, digi atau lain2nya)
  9. No. lama yang ingin dikekalkan.
  10. Nama bank yang anda ada akaunnya
  11. Nombor akaun bank. (Untuk ToneExcel memasukkan komisyen ke akaun bank anda, jika anda sudah mula ada komisyen)
  12. No IDP 1049684 (No id toneexcel adalah no. ID orang yang mengenalkan bisnes ini kepada anda. Jadi anda diperkenalkan oleh saya, maka nombor ID adalah nombor ID saya. Selepas anda mengaktifkan simkad ini, anda juga akan mendapat no. ID anda sendiri).

Contoh:
AD Ali bin Abu 0081234321 43323232 701214035030 no.12 kampung pinang sebatang, 10600 puchong selangor aliblues@gmail.com maxxis 0122134432 bsn 7124234455345  idp1049684

WhatsApp ke  010-5335 793

 

Selepas menghantar semua maklumat diatas, anda perlu hantar gambar IC atau passport ke nombor whatsapp yang sama. Snap saja gambar IC hadapan anda. Jika anda gagal menghantar gambar IC, maka simkad tidak akan dapat diaktifkan.

Selepas beberapa minit, anda akan mendapat reply dari bahagian pendaftaran dan anda akan mendapat nombor telefon sementara simkad tersebut dan no IDP anda sendiri. Ketika ini simkad toneexcel anda sudah boleh digunakan dengan menggunakan nombor sementara.

Proses pertukaran nombor lama anda menggantikan nombor sementara biasanya akan mengambil masa 48 jam.

Telco lama akan menghantar pengesahan penukaran tersebut, jawap pertanyaan mereka dengan sepatutnya. Contohnya jawab YES.

Contoh message daripada mereka:
“Do you want to port out from umobile, pleas reply YES for confirmation”

Selepas simkad lama anda sudah tidak berfungsi lagi, bermakna simkad toneexcel anda sekarang sudah pun menggunakan nombor lama anda.

Sekiranya selepas beberapa hari, nombor masih belum bertukar juga, sila hubungi Bahagian Pengaktifan: 010-5335-793 melalui whatsapp untuk bantuan, dikhuatiri nombor lama anda tidak didaftarkan menggunakan IC anda sendiri.

Anda juga boleh menghantar semula permohonan untuk kekal nombor lama dengan menggunakan cara dibawah ini:

Hantar kan maklumat whatsapp ke No. Tel Bahagian Pengaktifan: 010-5335-793

1. Masukkan kod kekal nombor lama (pt) di depan.
2. Nama Penuh.
3. Nombor SN
4. Nombor PUK
5. No. IC atau Passport.
6. Alamat
7. Telco seperti maxis/celcom/digi/umobil/dll
8. Nombor telefon lama yang ingin dikekalkan.

Semua maklumat ini anda boleh buat dalam satu message sahaja.

Contohnya:
pt ali bin abu 0080121234 78909234 690212035030 no.5 Jln Api-api 46000 maxis 012123456

Tips: Sebelum portin number postpaid, pastikan:-

1) nama dan ic didaftar adalah sama.
2) tiada bill tertunggak.
3) tiada kontrak pembelian HP.
4) Tiada kontrak pakej (family plan)- Jadikan line utama bukan sub

Peringatan:

1. No 014-705 7769 untuk pendaftaran ad dan pt sahaja, jangan call no ini, atau hantar apa2 pertanyaan.

2. Pendaftaran akan dilakukan dari pukul 9 pagi hingga 12 malam setiap hari, tetapi SMS pendaftaran boleh dilakukan bila2 masa sahaja, walaupun selepas 12 malam.

3. Selepas anda menghantar SMS pendaftaran, tunggu dalam 2 jam, jika masih tak dapat reply SMS, sila call terus DEC ditalian:

01115081515
01115091515
01115121515
01115131515
01115141515

Waktu DEC menjawab talipon:
Isnin hingga Jumaat. 10 pagi – 5 petang
Sabtu : 10 pagi hingga 2 petang
Ahad dan public holiday -tutup.

4. Anda boleh cek status pendaftaran simkad

5. Apabila sudah dapat nombor dan IDP, sila buat satu SMS menggunakan simkad toneexcel itu kemana-mana sahaja, jika tidak simkad tersebut akan expired selepas beberapa hari.

6. Selepas pendaftaran anda berjaya, anda sebenarnya sudah mempunyai web office anda sendiri, kalau nak tahu maklumat downline anda, jumlah komisyen anda dan macam2 lagi.

Untuk masuk kedalam web office anda, login ke http://www.tonegroup.net/

Username: Adalah IC anda, tanpa jarak
Password : 1234 (Itu adalah password sementara, anda boleh ubah kemudian)
Jika tak boleh login kerana terlupa password, sila hubungi HQ di talian

0105333969
0105000969
03-90543809

7. Kepada sesiapa yang mengekalkan no lama, proses ini mengambil masa paling lama adalah 48 jam untuk pertukaran no ke simkad toneexcel, paling cepat saya pernah jumpa adalah 2 jam. Tetapi jika selepas 48 jam, nombor masih belum bertukar, ini bermakna permohonan anda telah ditolak oleh pihak telco lama anda. Biasanya disebabkan no lama itu bukan didaftarkan dengan IC anda.

8. Terlalu ramai orang yang menyertai bisnes ini terlupa nak masukkan maklumat bank kedalam toneexcel, menyebabkan mereka tidak dapat menerima komisyen/bonus. Jika anda ingin update maklumat bank anda sendiri, anda boleh masuk kedalam http://www.tonegroup.net/ Klik di Member Care.

Peringatan untuk mengekalkan no lama:

Jika anda ingin mengekalkan no lama, ini ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

1) Pastikan kredit sudah dihabiskan dahulu, tinggalkan lebih kurang seringgit (RM1) sahaja. Jika tidak bila anda buat port in, semua kredit yang ada pada simkad lama akan hilang.

2) Save kan dahulu no handphone yang ada pada simkad lama tersbt pada handphone anda, jika tidak selepas port in, semua no phone yang ada pada simkad tersebut akan hilang.

3) Ada juga yang beritahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dll. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan ada pergi ke ATM mechine, tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktivity reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in saya.