Gandakan Ilmu Untuk Gandakan Pendapatan

By | Ogos 16, 2018

pelaburan ilmu

 

Pakar kewangan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan “Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?”. Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia, mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik – ilmu diperlukan!

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.