Panduan Tone Excel

Panduan Lengkap Bisnes Tone Excel.

Cara Top Up.

tune talkSimkad Tone Excel menggunakan topup daripada Tune Talk. Jangan pergi ke kedai dan minta topup Tone Excel, tiada siapa yang tahu. Topup Tune Talk sahaja.

Anda boleh topup dimana-mana kedai yang menjual topup diseluruh Malaysia. Topup Tune Talk juga boleh didapati melalui maybank2u dan cimbclick.

Nilai topup Tune Talk ada berbagai harga, RM5 ada, RM10 ada, RM30 ada, RM50 ada dan RM100 pun ada.

 

Ruangan Ahli (Member Area).

Setiap ahli Tone Excel akan diberikan satu website ruangan ahli (Member Area). Didalam ruangan ahli ini tempat untuk anda:

  1. Melihat berapa banyak komisyen anda.
  2. Berapa ramai pelanggan dibawah anda.
  3. Memasukkan nama pewaris.
  4. Melihat idp (sebab semasa menaja orang baru, kalau tersalah bagi idp akan termasuk bawah orang lain).
  5. Melihat bank akaun (samada betul atau salah).
  6. Membuat auto-topup.

Mula2 sekali anda perlu login masuk kedalam ruangan ahli anda. Klik Disini Ruangan Ahli ToneExcel. http://www.tonegroup.net/temms/

Masukkan ID: ID disini adalah nombor IC.

Password sementara: 1234 atau 123456
Selepas itu tukarkan password anda sendiri.

member login

Ruangan ahli adalah seperti ini. Ia terdapat 6 MENU utama:
wowhebat.com

Untuk melihat komisyen anda:
Klik di Incentives pada menu utama.

Kemudian, jika anda ada banyak akaun toneexcel, anda boleh pilih berdasarkan id anda.
wowhebat.com

Ini merupakan detail komisyen anda. Jika tulisannya berwarna biru, maknanya anda boleh klik disitu dan mengetahui data dengan lebih terperinci lagi.

wowhebat.com
Untuk mengetahui data tentang downline anda,
Klik Subscriber di Menu Utama

Untuk mengetahui siapakah downline anda,
Klik di geneology
wowhebat.com

Untuk memastikan bank akaun anda betul, sebab kalau salah, confirm komisyen tidak akan masuk.

Klik Subscriber Care di Menu Utama > My Profile > Scroll ke bawah dan lihat di bahagian Accout Information > Sila lihat di Bank Account Information.

Jika tidak betul, klik Update dan betulkan.

Jika anda ada beberapa akaun toneexcel, sila check setiap IDP anda.

Beneficiary Information.
Disini juga ruangan untuk anda masukkan Nama Pewaris. Jika apa-apa berlaku kepada anda, komisyen anda boleh diwariskan kepada penama yang anda letakkan disini.

wowhebat.com

Jika komisyen anda sudah melebih RM100, anda boleh buat auto-top kedalam simkad anda tanpa perlu bersusah payah nak beli topup lagi.

Cara nak buat auto topup:

Klik Subscriber di Menu Utama> Monthly Auto TopUp > Account Information (Untuk Anda pilih IDP) dan anda boleh pilih nilai topup berdasarkan mingguan.

Jangan lupa tekan SAVE selepas buat setting tersebut.

wowhebat.com

 

Membeli Simkad Susulan.

Cara mendapatkan simkad.
Jika ingin memjual simkad ini secara peribadi, dengan cara berjumpa rakan-rakan atau saudara mara, anda perlu anda simkad standby untuk dijual. Katalah selepas anda beri penerangan tentang kelebihan simkad ini, rakan tersebut terus nak join, jadi kalau ada simkad standby dapat poket, anda boleh terus jual dan daftarkan dia. Kalau tak ada, susah juga, takut esok dia berubah hati dan tak jadi nak beli, terlepaslah anda untuk mendapatkan pelanggan.

Cara untuk beli pakej simkad ini, anda hanya perlu bank in kan sahaja kepada admin menggunakan mana-mana satu nombor akaun dibawah ini:

Harga sekeping simkad RM100 + RM10(Kos Penghantaran) = RM110
Selepas itu, hantarkan maklumat ke nombor 010-5339160 secara whatsapp.
Maklumat yang diperlukan: Nama Penuh, alamat penghantaran, gambar slip bank in. Kami akan menghantar menggunakan pos laju.

Didalam pakej simkad RM100 ini anda akan mendapat:
1. Simkad Tone Excel.
2. Buku panduan pengguna.
3. Buku panduan bisnes Tone Excel.
4. Borang Claim/Penama Insuran Etiqa Takaful.
5. Buku Mengapa perlu buat bisnes ToneExcel.
6. Notice: Promosi semasa dari Tone Excel

buat_duit_dari_rumah

 

Mendaftarkan Orang Baru Dibawah Anda/ Aktifkan Simkad

Cara mendaftarkan orang baru dibawah anda atau mengaktifkan simkad
Cara mudah untuk mendaftarkan orang baru dibawah anda adalah dengan menggunakan whatsapp. Mula-mula anda savekan nombor ini dalam contact hp orang baru tersebut 010-5335-793.

Letakkanlah nama “DaftarTE” Selepas itu minta IC dia. Tuliskan nombor akaun bank dia dan email (jika ada) diatas satu kertas.

Kemudian minta dia sendiri hantarkan message ini ke nombor whatsapp tersebut.(NamaPenuh) (No.SN) (No.PUK) (No.IC) (alamat orang baru) (bank orang baru) (no.akaun bank orang baru) (email orang baru, jika ada) (idp:no idp anda)

Contoh:
Ali bin Jambul 0080101234 87961234 710519035031 no.3 jalan pinang sebatang, 40160 Subang, Selangor maybank 160523067562 alijambul@gmail.com IDP 8694 Selepas itu, ambil gambar IC orang baru tersebut dan hantarkan ke nombor yang sama. Tiada gambar IC pendaftaran tidak akan dilakukan.Semua maklumat ini boleh dibuat dalam satu message sahaja.

No. SN dan no. PUK boleh didapati dibelakang simkad.
Perkataan IDP kena tulis.
Bezakan dengan space sahaja.
IC tidak perlu ada sengkang, terus tulis sahaja.

Pastikan idp anda betul, kalau salah, ia akan masuk bawah orang lain, dan kesalahan ini tidak boleh dibetulkan.Hantarkan maklumat tersebut ke nombor 010-5335-793.

Dan dalam masa 15 minit bahagian pendaftaran akan menghantar message memberitahu nombor handphone baru simkad tersebut dan nombor IDP toneexcel rakan baru anda.Jika selepas 15 minit tiada respond, sila call nombor ofis pendaftaran 0111-508-1515 dengan segera utk dapatkan bantuan.Selepas mendapat reply no. phone baru dan no.idp rakan baru tersebut, maknanya pendaftaran sudah selesai. Rakan baru anda telah pun didaftarkan dibawah anda. Jadi pesan kepada dia, kalau nak daftarkan orang baru, pastikan guna no. IDP baru dia pula, jangan guna idp anda, nanti masuk bawah anda pula.

Sebelum anda meninggalkan rakan baru anda itu, pastikan yang anda suruh dia belajar tentang cara menjalankan bisnes tone excel dalam website ini. Tuliskan diatas kertas dan berikan kepadanya:

https://www.toneexcelonline.com/info/panduan-tone-excel

 

Promosi Simkad ToneExcel-Cara biasa.

Cara mempromosikan kepada orang lain.

Promote kepada ahli keluarga dan rakan2 dahulu.
Cara yang kami gunakan, biasanya kami hanya bawa beberapa keping kertas A4 kosong, pen sebatang, dan 2 keping simkad toneexcel standby dalam poket.

Perkara yang kami terangkan.
Ini ada satu peluang buat bisnes sampingan jangka panjang, modal kecil, untung berpanjangan.

1. Maklumat mengenai Simkad ToneExcel.
Simkad ini dipanggil simkad Tone Excel,

  • Harga RM100,
  • Didalamnya sudah ada kredit RM30 dan data internet 1 Gig.
  • Ia menggunakan topup dari TuneTalk.
  • Topup boleh didapati dimana2 kedai seluruh Malaysia dan juga dalam Maybank2u dan CIMBClicks.
  • Topup ada banyak nilai dari serendah RM5 hingga ke RM100.
  • ToneExcel menggunakan prasarana Celcom, jadi dimana ada line Celcom disitu ada line TuneTalk dan ToneExcel.

2. Mereka boleh buat duit sampingan dengan simkad ini.
Kami akan terangkan marketing plannya bagaimana mereka dapat komisyen.
Komisyen jualan terus, RM15. Dapat seorang pelanggan anda dibayar RM15.

Komisyen Topup, kami akan cari mengenai Level-1 6%, Level-2 3% dan Level-3 11%. Itu sahaja.

Kalau anda lupa cara penerangan marketing plannya, lihat video ini terlebih dahulu. Walaupun ini video lama, tapi sebahagiannya masih sama lagi, dan konsepnya tetap sama.

KLIK DISINI UTK VIDEO PENERANGAN

Kami akan bagi contoh, jika mereka menaja sebulan 3 orang lah katakan, dan setiap orang di level-1 dan level-2, menaja seramai 5 orang sahaja lah katakan, dan setiap orang hanya topup RM50, berapa komisyen bulanan yang akan mereka perolehi. Kami akan buat beberapa contoh yang lain.

3. Pendapatan anda boleh diwariskan.
Terangkan kepada mereka yang komisyen toneexcel ini boleh diwariskan selepas ketiadaan kita nanti.

4. Mereka tidak akan keseorang menjalankan bisnes ini.
Terangkan yang kita ada group support telegram dan facebook.
Malahan kita juga akan dapat web promosi percuma, yang diberikan oleh rakan2 seperjuangan kita sendiri, tanpa perlu bayar apa2 lagi.

5. Kelebihan tambahan menggunakan simkad ini anda akan dapat perlindungan insuran kemalangan takaful PERCUMA sebanyak RM50,000

  • Dengan syarat topup sendiri tiap2 bulan mestilah RM50 dan keatas.
  • RM50 itu bukan sekali gus, tetapi terkumpul dalam sebulan.
  • Insuran akan bermula pada hari ke-61.
  • Jika kejadian berlaku bulan ini contohnya, syarikat insuran akan lihat topup anda bulan sebelumnya, jika topup bulan sebelumnya lebih RM50, maka dia layak untuk claim. Jika bulan sebelumnya topup tak sampai RM50, maka dia tak layak untuk claim.
  • Insuran Kemalangan yang ini hanya cover, kemalangan yang menyebabkan kematian dan cacat kekal.
  • Kemalangan mesti ada surat report polis.
  • Kematian disebabkan sakit tidak layak claim kerana ia bukan kemalangan.
  • Kemalangan yang menyebabkan luka atau patah, tidak layak claim kerana ia bukan cacat kekal.
  • Claim perlu dibuat dalam tempoh 30 hari.
  • Kemalangan yang menyebabkan cacat kekal, seperti putus jari, hilang telinga, layak claim, tetapi tidak akan dapat penuh RM50,000.

Ini adalah sebahagian besar syarat2 utama yang dikenakan oleh syarikat insuran.
Urusan claim, kita boleh terus call dan berurusan dengan ToneExcel khidmat Pelanggan ditalian 010-5000-969.

Itu sahaja penerangan yang kami buat bila bertemu seseorang untuk diterangkan tentang toneexcel ini.
Selepas itu bila dia berminat, kami terus jual simkad sekeping RM100 dan terus ajar cara pendaftaran simkad dibawah anda.

6. Jika dia masih tidak berminat, tanya dia samada dia ada email atau tidak, jika ada, sebelum balik tolong dia masukkan nama ringkas dan email kedalam website promosi Borang Follow-Up anda:

https://www.toneexcelonline.com/info/infolanjut

dimana xxxxx adalah no.idp anda sendiri.

Jika anda masih belum mempunyai web promosi sendiri, sila rujuk pelajaran dibawah ini untuk mendapatkan web promosi terlebih dahulu.

Jika anda sudah memasukkan nama dan email prospek tersebut, anda tak perlu follow-up apa-apa lagi pada beliau. Email kempen yang ada dalam website promosi itu akan follow-up automatik setiap 2 hari didalam email nya. Kalau ada rezeki, mereka terbuka hati, nanti mereka akan join juga dibawah anda.

Promosi Simkad ToneExcel-Cara Internet.

Cara biasa yang kami gunakan adalah promosi menggunakan facebook.
Contohnya: Ingin buat bisnes sampingan jangka panjang, modal kecil, untung berpanjangan?
Anda akan diajar langkah demi langkah sehingga berjaya.
Sila pm saya atau tinggalkan no telefon, saya akan menghubungi anda dengan segera. Anda boleh mempromosikan ayat seperti ini kedalam facebook peribadi anda atau kedalam facebook group yang telah anda sertai.
wowhebat.com

Kami lakukan perkara seperti ini setiap hari, dengan mengubah sedikit2 ayat yang ada dan juga kami ubah gambar2 yang ingin diletakkan bersama iklan tersebut.

Untuk promosi kedalam facebook group, anda kena sertai group2 tersebut terlebih dahulu. Apabila admin mereka telah approve barulah anda boleh beriklan disitu secara percuma.

Jika anda ingin beriklan menggunakan website, maka anda perlu memohon website replika anda sendiri. Disini kami ada menyediakan satu webreplika dan ia diberikan secara percuma.

Jika anda ingin menggunakan webreplika ini, anda boleh memohon terlebih dahulu.

Klik Disini untuk mendapatkan webreplika percuma.

Sekiranya permohonan anda telah berjaya, kami ada buatkan satu website jualan untuk anda promosikan. Linknya adalah seperti ini:

http://toneexcel.biz/?id=121201

Dimana xxxxxx adalah idp anda didalam bisnes toneexcel.

Tetapi sebelum anda promosikan link ini, pastikan idp anda keluar didalam website tersebut.

wowhebat.com

Selepas anda sudah memiliki web replika, anda sudah boleh buat promosi menggunakan link anda tersebut di facebook atau facebook group.

Contohnya:

Ingin buat bisnes sampingan jangka panjang, modal kecil, untung berpanjangan?
Anda akan diajar langkah demi langkah sehingga berjaya.
Anda hanya perlu klik link dibawah ini sahaja:
http://wowhebat.com/webjualante.php?r=xxxxxx

wowhebat.com

Anda juga boleh menggunakan mana2 web replika yang lain. Jika ada orang-orang toneexcel yang ingin berikan web replika mereka secara percuma, anda boleh memohon kepada mereka untuk mendapatkannya.

Semua teknik diatas adalah percuma, beriklan difacebook peribadi dan facebook group juga adalah percuma, kelemahannya ialah adalah kena buat setiap-hari. Macam kami dahulu, kami lakukan setiap hari selama 2 tahun tanpa henti, memang penat untuk dilakukan.

Jika anda ingin kurang penat, anda boleh menggunakan iklan facebook berbayar, yang ini kena keluar modal sedikit, tetapi semua promosi anda akan dijalankan oleh facebook, kerana kita sendiri mengupah facebook untuk buat promosi kita. Teknik ini dipanggil facebook Advertisment atau lebih dikenalai sebagai FbAds.

Untuk belajar mempromosikan menggunakan fbads, anda boleh belajar terus diwebsite ini. Website ini pun kami yang sediakan dan ia boleh belajar secara percuma.

KLIK DISINI untuk belajar buat promosi menggunakan FbAds.

Meningkatkan Komisyen Anda.

Cara meningkatkan komisyen untuk lebih lagi.
Ada beberapa skill yang perlu anda ketahui didalam bisnes toneexcel ini supaya komisyen anda akan meningkat lebih lagi.
1. TopUp setiap bulan RM60 dan keatas.
Jika jumlah topup peribadi anda diantara RM20-RM59 sebulan, maka komisyen topup anda adalah:
Level-1 adalah 6%
Level-2 adalah 3%
Level-3 adalah 11%
Tiada komisyen di level-4 dan seterusnya.

Tetapi jika jumlah topup peribadi anda RM60 dan lebih, maka komisyen topup anda juga akan meningkat kepada:
Level-1 menjadi 10%
Level-2 menjadi 3%
Level-3 menjadi 13%
Tiada komisyen di level-4 dan seterusnya.

2. Bonus Tahunan.
Didalam bisnes ini, Tone Excel juga akan memberikan bonus tahun kepada anda.

Sekiranya tajaan peribadi anda (Level-1 anda) seramai:
3 orang, bulan tersebut anda akan mendapat komisyen tahunan sebanyak 5% daripada komisyen topup anda.
4-6 orang, bulan tersebut anda akan mendapat komisyen tahunan sebanyak 8% daripada komisyen topup anda.
7-10 orang, bulan tersebut anda akan mendapat komisyen tahunan sebanyak 15% daripada komisyen topup anda.
11 orang dan lebih, bulan tersebut anda akan mendapat komisyen tahunan sebanyak 20% daripada komisyen topup anda.

Contohnya, pada bulan tersebut anda menaja 3 orang secara peribadi (Maknanya level-1 andalah), dan komisyen topup anda pada bulan tersebut adalah sebanyak RM10,000, maka anda akan mendapat tambahan bonus tahunan sebanyak RM300 pada bulan tersebut. Bonus tahunan ini akan dikumpulkan setiap bulan sepanjang tahun, dan akan dimasukkan kedalam bank anda pada 21hb Januari tahun hadapannya. Maknanya, pengiraan setiap bulan, dari bulan 1 hingga ke bulan 12, kumpulkan dan bayar setahun sekali. Ini dipanggil Bonus Tahunan.

3. Buka 3 akaun atas nama sendiri.
Teknik ini agak sukar untuk kami terangkan dengan perkataan, tetapi dengan teknik ini, komisyen kami meningkat 3 kali ganda dari cara biasa. Untuk anda memahami teknik ini, sila luangkan masa untuk lihat video yang mengambil masa 18 minit 20 saat ini.
KLIK VIDEO DISINI

4. Upgrade ke pangkat tertentu.
Selepas anda menyertai Tone Excel ini, anda dikira sebagai ahli biasa (normal member – NM)
Terdapat 3 pangkat didalam bisnes Tone Excel ini selepas Normal Member, iaitu:

Pangkat-1 adalah Junior Center
Pangkat-2 adalah Service Center
Pangkat-3 adalah Branch.

Tidak ada syarat untuk upgrade diri anda kemana-mana pangkat, maknanya, sebagai ahli biasa pun anda boleh terus upgrade ke Service Center tanpa melalui Junior Center terlebih dahulu. Begitu juga dengan Branch.

4.1 Upgrade diri anda kepada Junior Center.
Komisyen anda akan meningkat kepada:
Level-1 : 10% + 1% = 11%
Level-2 : 3% + 1% = 4%
Level-3 : 13% + 1% = 14%
Level-4 : 1%
Level-5 : 1%
Level-6 : 1%
Level-7 : 1%
hingga level infinity sebanyak 1% setiap level.

Syarat untuk menjadi Junior Center.
Jumlah yang perlu dibeli: 120 keping
Harga: RM82 + RM5.40 (GST) = RM87.40 sekeping
Kos Penghantaran : RM 70 (Jika perlu)
Jumlah keseluruhan : RM 10,488 + RM 70 = RM10,588

b. Minima sendiri topup mestilah lebih besar daripada RM60 setiap bulan.

4.2 Upgrade diri anda kepada Service Center.
Komisyen topup anda akan meningkat menjadi:
Level 1 : 10.0% + 2.5% = 12.5%
Level 2 : 3.0% + 2.5% = 5.5%
Level 3 : 13.0% + 2.5% = 15.5%
Level 4 : 2.5%
Level 5 : 2.5%
Level 6 : 2.5%
Level 7 : 2.5%
Level 8 : 2.5%
Level 9 : 2.5%
Level 10 : 2.5%
Level 11 : 2.5%
Sampai Level infiniti tetap dapat 2.5%

Jumlah yang perlu dibeli: 250 keping
Harga: RM 81 + 5.40 (GST) sekeping
Kos Penghantaran : RM 100 (Jika perlu)
Jumlah keseluruhan : RM 21,600.00 + RM 100.00 = RM21,700

b. Minima sendiri top up mestilah lebih besar daripada RM80 setiap bulan.

c. Sekiranya anda sudah menjadi Junior Center dan ingin upgrade menjadi service center, dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menjadi JC, maka anda hanya perlu membeli simkad tambahan sebanyak 130 keping sahaja pada harga RM82 + RM5.40 sekeping jika ingin upgrade kepad Sc.

4.3 Upgrade kepada Branch.
Kelebihan Menjadi Branch adalah.

a. Komisyen topup anda akan meningkat menjadi:
Level 1 : 10.0% + 5.0% = 15.5%
Level 2 : 3.0% + 5.0% = 8.5%
Level 3 : 13.0% + 5.0% = 18.5%
Level 4 : 5.0%
Level 5 : 5.0%
Level 6 : 5.0%
Level 7 : 5.0%
Level 8 : 5.0%
Level 9 : 5.0%
Level 10 : 5.0%
Level 11 : 5.0%
Sampai Level infiniti tetap dapat 5.0%

Syarat untuk menjadi Branch Center.

Jumlah yang perlu dibeli: 1500 keping
Harga: RM 78 + RM5.40 (GST) sekeping
Kos Penghantaran : RM 200 (Jika perlu)
Jumlah keseluruhan : RM 125,100 + RM 200 = RM125,300

b. Minima sendiri top up mestilah lebih besar daripada RM100

4.4 Cara untuk apply menjadi Junior Center atau Service Certer atau Branch. 
Anda boleh bank-in kan ke dalam akaun dibawah ini jumlah yang dikehendaki:

Selepas itu, hantarkan maklumat ke nombor 010-5232047 secara whatsapp.
Maklumat yang diperlukan: Nama Penuh, alamat penghantaran, gambar slip bank in.

Kami akan menghantar simkad tersebut bersama borang upgrade dan borang aku janji yang perlu anda isikan.
Kami akan bantu anda sehingga proses upgrade tersebut selesai.

5. Setiap bulan, sentiasa tambah pelanggan anda di Level-1.

Ini adalah ibu segala petua didalam bisnes ToneExcel ini untuk menaikkan komisyen anda. Jika anda sentiasa fokus untuk tambah pelanggan anda di Level-1, secara automatik komisyen anda akan meningkat dan meningkat setiap bulan.

Apa tidaknya, jika anda fokus kepada level-1, bermakna level-2 dan level-3 akan berkembang dengan sendirinya. Bonus tahunan akan dapat dengan sendirinya. Bonus pangkat juga akan menjadi lebih banyak. Network anda akan berkembang.

Walaupun anda upgrade kepada Branch sekali pun, tetapi network anda kecil, berapa ribu ringgit sahaja yang akan anda perolehi. Kami dapati ada ramai yang upgrade branch kerana mereka ada duit, tetapi komisyen topup mereka hanya beberapa ratus ringgit sahaja setiap bulan.

Pokok panggal dalam bisnes ini adalah pelanggan. Pelanggan anda adalah Level-1 anda. Berkembang level-1 anda, maka berkembanglah network anda. Berkembang network bermakna meningkatlah komisyen anda.

Ada pelanggan ada komisyen, tiada pelanggan tiada komisyen. Itu Hukum Bisnes Tone Excel ini.

Formula yang kami pakai dahulu adalah, dalam tempoh 2 tahun kami mencari Level-1 seramai 400 orang pelanggan. Hasilnya, komisyen topup kami mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan. Itulah formula untuk berjaya dalam bisnes Tone Excel ini.

Jadi gunakanlah pengalaman anda, ilmu anda, pengetahuan anda dalam bisnes2 sebelum ini, jika anda ingin lihat komisyen anda mencecah ratusan ribu ringgit, dapatkan 400 pelanggan di Level-1. Kalau kami berjaya melakukan dalam masa 2 tahun dengan segala kudrat, tenaga, masa dan ilmu yang ada, mungkin anda boleh lakukan dalam masa lebih singkat lagi. Tetapi segala penat lelah, halangan2 yang banyak, hinaan2 yang kami terima, jerit perih yang kami korbankan dalam tempoh 2 tahun tersebut, ia amat-amat berbaloi dengan hasil dan nikmat yang Allah berikan hari ini.

Setiap kejayaan, ada harga yang perlu dibayar, ada pengorbanan yang perlu diberikan. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

Jalan sudah terbentang dihadapan anda, tinggal tunggu samada anda ingin melangkah atau tidak. Bila anda ambil keputusan untuk melangkah, kami nak pesan, halangannya terlalu banyak diperjalanan.

When the going gets tough, the tough get going.

Bila perjalan semakin sukar, hanya yang tabah akan melepasinya.

Pertanyaan (FAQ).

1. Jika anda ada apa2 soalan yang ingin ditanya, anda boleh ajukan soalan tersebut ke facebook group ini:
KLIK DISINI https://www.facebook.com/groups/soaljawabtoneexcel/Sesiapa yang belum request untuk join, anda kena request join dahulu, barulah boleh buat pertanyaan.
2. Atau pun anda juga boleh sertai group Telegram untuk bertanyakan apa2 soalan kepada rakan2 didalam group tersebut.
KLIK DISINI UNTUK GROUP TELEGRAM

3. Jika anda perlukan motivasi berterusan didalam email anda, sila isikan borang dibawah ini:

 
 

 

Disediakan oleh Mazelan Abas