SelfCare

CARA TUKAR NO PHONE DI TUNE TALK SELFCARE

Jika anda tidak berpuashati dengan nombor yang anda dapat masa register, anda boleh tukarnya serta merta. Tanpa sebarang caj. Ianya FREE, terhad 48 jam selepas daftar.

Namun begitu, jika dah lebih tempoh 48 jam, atau anda telah guna berbulan-bulan lamanya, tapi nak tukar nombor pun boleh. Caj cuma RM 5.00 setiap kali tukar. Bila-bila masa!

Unikkan? Telco lain boleh bagi tak tukar-tukar nombor? TAK ADA. Hanya di ToneExcel. Jadi, anda bebas untuk menukarnya bila-bila masa.

Kesimpulan, JIKA nombor yang anda guna tu dah boring guna, boleh tukar nombor lain. Atau, jika asyik kena ganggu oleh orang lain, along, ex-bf/gf, dll, TUKARLAH, tanpa menukar simcard pun! No siri dan PUK tetap sama.

 

Anda kena ke website Tunetalk terlebih dahulu untuk LOGIN –

http://selfcare.my.tunetalk.com

Tip : Jika anda LUPA PASSWORD, just klik FORGET PASSWORD. Isi ni IC dan No.Hp ToneExcel anda. Password akan di hantar ke nombor HP anda serta merta.

 

Bila dah masuk menu ini, anda klik menu “My Numbers”. Kemudian anda klik Menu “Change Mobile Number” di menu kiri sekali macam dalam gambar. Kemudian, isi 4 angka nombor last yang anda mahu. Cth : 016-4022129 <- 2219 ini adalah last.Lepas itu, anda tekan Menu “Fetch”

 

Selepas anda klik Fetch, inilah paparan yang akan keluar. Anda cuma tick nombor yang anda mahukan, kemudian klik
SUBMIT.

Setelah itu, dia akan bawa ke paparan macam ni. Klik Confirm pula. Perhatikan nombor menu Kiri yang saya petakkan tu. Itu no asal. Sila lihat gambar seterusnya untuk proses akhir.

 

 

Tadaa! Inilah hasilnya. NOMBOR bertukar serta-merta. Ada pertanyaan? Sila PM or WhatsApp saya di 010-5339160 jika anda ada masalah. Sedia membantu..

Sharing is Caring
  •  
  •  
  •  
  •  
  •